Senin, 18 Desember 2017

Ya'juj wa Ma'juj


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 






Sesungguhnya kesemua tanda-tanda kecil qiamat telah lengkap sempurna. Salah satu dari tanda-tanda besar sebelum datangnya hari qiamat adalah munculnya Ya'juj dan Ma'juj. Ya'juj dan Ma'juj sehingga kini masih menjadi misteri bagi sesetengah pihak, yang mana para pengkaji sejarah Islam dan sebahagian ulama sendiri mempunyai pelbagai penafsiran tentang hal ini. Merujuk kepada hadis riwayat Imam Muslim ini;


10 TANDA BESAR QIAMAT

Dari Huzaifah bin Asid Al-Ghifari r.a., berkata, “Datang kepada kami Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Apa yang kamu semua perbincangkan?”.

Kami menjawab:
“Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya 10 macam tanda-tandanya”.

Kemudian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menyebutkannya:

1. Dukhan (Asap: rujuk Surah ke-44, Ad Dhukan)

2. Al Masih Ad Dajjal
(Fitnah terbesar di akhir zaman: Rujuk Surah ke-18, Al Kahf ayat 1-110 sebagai pelindung dan pedoman untuk kita, umat Islam perlulah menghidupkan mata hati bagi menilai segala sesuatu bukannya mata zahir)

3. Dabbatul Ardhi
(binatang bercakap keluar dari Tanah berhampiran Bukit Shafa di Mekah)

4. Terbit matahari dari tempat tenggelamnya
(dari Barat ke Timur atau ada pendapat sesetengah ulama ia kaitan dengan Modern Western Civilization iaitu "cahaya" kehidupan Barat diagungkan dan menjadi ikutan seluruh umat manusia)

5. Turunnya Isa Ibnu Maryam a.s.
(pergolakkan di Syria, Damascus terletaknya Masjid Umayyad, Menara Timur turunnya Baginda berbaju kuning muda dari langit bersama dua malaikat sebelum jemaah Imam al Mahdi menunaikan solat subuh)

6. Ya'juj dan Ma'juj
(Dua jenis tamandun manusia)

7. Gempa bumi, sekali di Timur;

8. Sekali di Barat dan;

9. Ketiga di Semenanjung Arab

10. Api yang keluar dari arah negeri Yamen yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (bunga-bunga pergolakkan di Yamen)

(Hadis Riwayat Muslim)


Susunan zahirnya atau terjadinya 10 tanda besar qiamat ini tidak berlaku secara turutan, maknanya selepas 1, 2, 3.. akan teteapi tiada siapa ketahui yang mana terdahulu dan yang mana terkemudian, kerana riwayat lain, sabdaan tidak sama turutan tapi tetap 10 perkara dan tidak pula dinyatakan satu per satu secara berturutan. Namum bagi saya setiap persoalan ada jawapan kerana bagi umat Islam yang mempercayai Rukun Iman yang ke-3 (Percaya kepada Kitab-kitabNya) dan Rukun Iman yang ke-4 (Percaya kepada Rasul-rasulNya) ini adalah petunjuk segala persoalan yang wujud dalam kehidupan dunia dan akhirat.

(rujukan 6 Rukun Iman :islamgrid.gov.my)


وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ 
Dan Kami turunkan kepadamu (Nabi Muhammad) Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri 

(Surah Al Nahl : 89)


Ya'juj dan Ma'juj dalam bahasa Arab dapat diterjemahkan melalui asal dari perkataan “Aj” atau “Ajij”. “Ajij” yang membawa maksud api yang membara dan “Ajja” bermaksud “Asra” iaitu membawa maksud dia bergerak dengan pantas. Selain itu perkataan “Ma'juj” juga dapat dilihat dalam persamaannya dengan perkataan Arab iaitu “Maja” dan “Yamooj” yang membawa maksud gelombang atau yang menyebarkan. Maka secara keseluruhanya dapatlah kita simpulkan hubungan perkataan tersebut sebagai “api yang membara” dan “untuk membesarkan dan menyebarkanya”. Lalu memusnahkan segala yang berada di laluannya.


Ya'juj dan Ma'juj adalah nama dua kaum besar anak cucu Nabi Adam a.s yang berasal dari keturunan Yafits bin Nabi Nuh a.s.

Dari Samurah bin Jundub r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Putra Nuh ada tiga, iaitu Sam, Ham, dan Yafits."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)


Dari Samurah bin Jundub dan Imran bin Husain r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Putra Nuh ada tiga, iaitu Sam Abul Arab, Ham Abul Habasyah, dan Yafits Abur Rum."
(Hadis Riwayat Tabrani)


Para ulama dan pengkaji sejarah menyatakan bahawa putra Nabi Nuh a.s. ada tiga iaitu Sam, Ham, dan Yafits. Sam adalah bapak orang Arab, Persia, dan Romawi. Ham adalah bapak kaum Habsyi, Negro, dan Naubah, manakala Yafits adalah bapak kaum Turk, Slavia, dan Ya'juj Ma'juj.


Abu Sa'id Al-Khudri mengatakan bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Allah Subhanahu Wa Ta'ala berseru pada hari kiamat, wahai Adam, bangkitlah dan keluarkanlah utusan (penghuni) neraka."

Lalu Adam berkata,
"aku penuhi perintah-Mu dan segala kebaikan berada pada tangan-Mu, wahai Tuhanku siapa utusan penghuni neraka itu?"

Lalu Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjawab,
"(iaitu) sebanyak 999 orang dari setiap 1000 orang"

maka pada saat itu kanak-kanak menjadi beruban (kerana takut), kandungan wanita yang hamil berguguran, dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah Subhanahu Wa Ta'ala itu sangat keras".
(Hadis Riwayat Bukhari, 55; no. 567)


Ya'juj dan Ma'juj ini mempunyai kaitan sejarah keturunan Nabi Nuh as. Saat menjelang kewafatan, Nabi Nuh a.s memanggil anak-anaknya (Sam, Ham dan Yafits) untuk menghadap beliau. Maka Sam segera datang menemuinya, namun kedua saudaranya tidak muncul iaitu Ham dan Yafits. Akibat dari ketidakpatuhan Ham dan Yafits, Allah Subhanahu Wa Ta'ala kemudian menurunkan bala kepada mereka berdua. Yafits yang tidak datang kerana lebih memilih berdua dengan isterinya (berhubungan suami isteri) kemudian melahirkan anak bernama Sannaf. Kelak kemudian Sannaf melahirkan anak yang ganjil.


Dari Imran bin Hushain r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Dan demi jiwaku yang berada dalam genggaman-Nya bahawa kalian adalah kilauan dua makhluk yang selalu berkembang jumlahnya iaitu Ya'juj dan Ma'juj yang berasal dari keturuan Adam keturunan Iblis"
(Hadis Riwayat at Tirmidzi)


Dari Abdullah bin Amr r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

"Ya'juj dan Ma'juj berasal dari keturunan anak Adam, dan jika mereka diutus kepada manusia pastilah mereka akan merosak kehidupan manusia dan tidak seorang pun dari mereka yang mati kecuali ia telah meninggalkan jumlah keturunannya mencapai 1000 lebih."
(Hadis Riwayat Ath-Thayalisi dalam Musnadnya).

Imam Thabrani menambahkan, dibelakang mereka terdapat tiga kelompok, iaitu Ta'wil, Maris, Mesekh."


Berdasarkan kepada kitab injil dan sejarah Yahudi: Kronikal 1-5

Ya'juj datang dari keturunan Ruben, manakala Ma'juj datang daripada keturunan Jefet, yang mana kedua-dua keturunan ini berasal daripada keturunan Nabi Nuh as. Dalam bahasa Hebrew, Ya'juj dikenali sebagai “Melekh Eretz Magog” yang bermaksud raja kepada tanah Ma'juj. Manakala Ma'juj dalam bahasa Hebrew membawa maksud “daripada Gog”.


Gog di dalam Injil ialah sama dengan Ya'juj yang dinyatakan di dalam al Quran dan selain itu Ya'juj dikatakan sebagai Ketua Negara Russia.Terdapat tiga nama yang dinyatakan di dalam Injil iaitu ROSH atau Russia, MESHECH atau Moscow dan TUBAL atau Tobalsk.



ADAKAH YA'JUJ WA MA'JUJ MANUSIA?

Petunjuk yang paling penting dalam mengenali Ya'juj dan Ma'juj adalah mengikut kepada al Quran (Surah al Kahf: 83-98 dan Surah al Anbiya: 95-96) dan juga koleksi hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Mereka ini adalah golongan manusia yang sangat kuat, sentiasa melakukan penindasan dan kerosakkan terhadap alam ini. Surah al-Kahf yang menceritakan perjalanan Dzulkarnain yang bertemu dengan mereka yang sentiasa melakukan “fasad” atau kerosakkan ke atas manusia.



Dikukuhkan lagi bahawa Ya'juj dan Ma'juj adalah golongan manusia kerana Dzulkarnain adalah merupakan seorang manusia jadi tembok yang dibina adalah untuk manusia. Menurut Islam, Ya'juj dan Ma'juj begitu berkuasa dan hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja yang boleh memusnahkan mereka. Ya'juj dan Ma'juj bukanlah raksasa atau makhluk yang hidup dalam alam ghaib atau hidup terpenjara dalam tanah yang sentiasa menggorek untuk keluar ke bumi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Hanya terdapat tiga makhluk terpenting atas muka bumi ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala iaitu manusia, malaikat dan jin (syaitan bagi yang kafir).

Persoalannya adalah sebahagian besar golongan Yahudi telah kembali ke Baitulmaqdis (Jerusalem) apabila tentera British diketuai Jenderal Edmund Allenby menawan kota ini pada 11 Disember 1917 dan mengistiharkan Perang Salib telah tamat, merujuk kepada Surah al Anbiya dan hadis ini:


وَحَرَامٌ عَلَى قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا أَنَّهُمْ لَا يَرْجِعُونَ
Sungguh tidak mungkin atas (penduduk) suatu negeri yang telah Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami). 


حَتَّى إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ
Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. 

(Surah Al Anbiyaa' : 95-96)


Dari Auf b. Malik r.a., katanya, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:

"Aku menghitung enam perkara menjelang hari qiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmaqdis."
(Hadis Riwayat Bukhari)


Namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya'juj dan Ma'juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya'juj dan Ma'juj adalah manusia. Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberikan petunjuk mengenali Ya'juj dan Ma'juj ini yang dijelaskan di dalam al Quran, Surah al Kahf:


وَيَسْأَلُونَكَ عَن ذِي الْقَرْنَيْنِ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُم مِّنْهُ ذِكْراً 
Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tantangnya". 


إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِن كُلِّ شَيْءٍ سَبَباً 
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.


فَأَتْبَعَ سَبَباً 
maka dia pun (Dzulkarnain) menempuh suatu jalan.


حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِندَهَا قَوْماً قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَن تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَن تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْناً 
Hingga apabila dia telah sampai ke suatu tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam (sebelah Barat) di dalam laut yang berlumpur hitam (Black Sea), dan dia mendapati di situ segolongan umat (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Dzulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".


قَالَ أَمَّا مَن ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَى رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذَاباً نُّكْراً 
Berkata Dzulkarnain:"Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.


وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَلَهُ جَزَاء الْحُسْنَى وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْراً 
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.


ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَباً 
Kemudian dia (Dzulkarnain) berpatah balik menurut jalan yang lain.


حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَى قَوْمٍ لَّمْ نَجْعَل لَّهُم مِّن دُونِهَا سِتْراً 
Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,


كَذَلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْراً 
demikianlah. dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya.


ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَباً 
Kemudian dia (Dzulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi).


حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوْماً لَّا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلاً 
Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti perkataan mereka.


قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجاً عَلَى أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدّاً 
Mereka berkata: "Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?"


قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْماً 
Dzulkarnain berkata: "Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik (dari bayaran kamu), maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka,


آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَاراً قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْراً 
berilah aku potongan-potongan besi". Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulkarnain: "Tiuplah (api itu)". Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu".


فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْباً 
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.


قَالَ هَذَا رَحْمَةٌ مِّن رَّبِّي فَإِذَا جَاء وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاء وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقّاً 
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". 

(Surah Al Kahf: 83-98)


Lokasi Dzulkarnain "..apabila dia sampai di antara dua gunung..", bukti gambar menunjukkan terdapat dua pergunungan yang bersempadan antara Russia, Georgia dan Azerbaijan.


Sebahagian blok-blok besi / logam / gangsa saki baki tembok / dinding binaan Dzul Qarnain 
yang masih wujud sebagai penghalang puak Ya'juj dan puak Ma'juj di pergunungan ini..


Berdasarkan keterangan Surah al Kahf: 92-98, fakta relevan mengenali Ya'juj dan Ma'juj ialah:
a. Jalan ke utara = ke utara Parsi menuju ke Armenia
b. Di antara dua gunung = Pergunungan Caucasus
c. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum di lokasi Azerbaijan / Georgia / Armenia
d. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates dan lain-lain


Ya'juj dan Ma'juj adalah puak Khazar, iaitu 98% golongan bangsa Yahudi yang kita ketahui hari ini. Golongan Yahudi Khazar adalah golongan yang bukan asli dari kalangan Bani Israel iaitu mereka telah melakukan pemalsuan identiti. Raja Bulan Khazar Pagan orang yang pertama untuk mengamalkan agama Judaisme setelah mendapati agama ini sesuai dengan hidupnya berbanding agama Islam dan Nasrani. Pengamalan ini terjadi setelah kehidupan masyarakatnya rosak dan tidak berakhlak. Akhirnya, tamadun Khazar suku Shamanistik ini kini dikenali sebagai seorang Yahudi yang sebenar Yahudi palsu. Jadi mereka bukan dari keturunan (Bani Israel) Nabi Ibrahim a.s, Nabi Isaq a.s dan Nabi Harun a.s. 

Rabbi Farisi Yahudi kononnya dari Baghdad (Babylon), iaitu orang Samaria bukan orang Bani Israel sebenar yang dikatakan dibawa dari Baitulmuqaddis ke Baghdad ke Khazar sebagai hamba selepas kemusnahan akhir perang Baitulmuqaddis oleh tentera Babylon. Kuasa Bani Israel dimusnahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'alasebanyak 2 kali (Babylon dan Byzantine) setelah mereka melanggar perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan membuat larangan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam kehidupan mereka. 

Khazar Pagan ini tidak menyertai Gereja Ortodoks dan sentiasa berperang, negeri yang muncul adalah Ortodoks Rusia dengan menamatkan Khazaria Lama dan Khazar Pagan berhijrah ke Jerusalem. Menurut sejarah dan Al Quran hanya terdapat 12 kaum Bani Israel di dalam Yahudi dan mereka sebenarnya berkulit gelap.

1. Reuben 
2. Simeon 
3. Levi 
4. Judah 
5. Issachar 
6. Zebulun 
7. Dan 
8. Naphtali 
9. Gad 
10. Asher 
11. Joseph 
12. Benjamin

Ianya amat jauh berbeza dari rupa golongan Yahudi yang kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah 'negro', mereka berkulit gelap dan mereka lah pembina piramid-piramid Firaun bersama hamba-hamba di Mesir. Mereka hidup bersama Nabi Musa a.s. menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah Jerman atau Russia atau Eropah dan boleh mengaku mereka adalah dari golongan Yahudi?

Seperti mana yang dunia ketahui, mereka katakan bahawa "We are the thirteenth tribe of Jews? Inilah penipuan kaum Ya'juj dan Ma'juj untuk memanipulasikan identiti golongan Yahudi. Ini adalah sebahagian dari bukti di dalam al Quran bahawa golongan bani Israel terdiri dari 12 puak. Sebelum kita melihat bukti-bukti yang dinyatakan di dalam al Quran, jom kita kaji sedikit tentang pendedahan yang telah dilakukan oleh seorang yang bernama Arthur Koestler, beragama Yahudi, berketurunan British-Hungary yang akhirnya dia mati dibunuh setelah mendedahkan akan hal yang sebenar di dalam bukunya iaitu The Thirteenth tribe : The Khazar Empire and its Haritage.


Klik pada gambar untuk muat turun PDF 




Dan ini adalah bukti yang terdapat di dalam al Quran yang menyatakan Bani Israel terdiri daripada 12 puak;

وَقَطَّعْنَاهُمُ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ أَسْبَاطاً أُمَماً وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى إِذِ اسْتَسْقَاهُ قَوْمُهُ أَنِ اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ فَانبَجَسَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْناً قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ وَظَلَّلْنَا عَلَيْهِمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْهِمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَى كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَـكِن كَانُواْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Dan mereka Kami bagi menjadi 12 suku yang masing-masingnya berjumlah besar dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu!". Maka memancarlah dari padanya 12 mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa. (Kami berfirman): "Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezkikan kepadamu". Mereka tidak menganiaya Kami, tapi merekalah yang selalu menganiaya dirinya sendiri

Surah Al Ar'raf: 160


وَإِذِ اسْتَسْقَى مُوسَى لِقَوْمِهِ فَقُلْنَا اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ فَانفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْناً قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ كُلُواْ وَاشْرَبُواْ مِن رِّزْقِ اللَّهِ وَلاَ تَعْثَوْاْ فِي الأَرْضِ مُفْسِدِينَ
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya 12 mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) . Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan."

Surah Al Baqarah: 60


12 MATA AIR NABI MUSA ALAIHIS SALAM


12 PERIGI NABI MUSA ALAIHIS SALAM



Hubungngan Ya'juj wa Ma'juj dengan Laut Galilee atau Tasik Tiberias atau Kinneret









Di dalam sebuah hadith Qudsi, Allah Subhanahu Wa Ta'ala (akan) berfirman kepada Nabi Isa a.s.:

"Aku telah jadikan di antara hamba-hamba Ku segolongan manusia (ya'juj dan ma'juj) yang tidak dapat dikalahkan; bawa orang-orang ini dengan selamat ke Tur, Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menghantar Ya'juj dan Ma'juj yang akan turun dari segenap cerun, yang pertama daripada mereka akan melewati tasik Tiberias (laut Galilee atau Kinneret) dan meminum airnya (menggunakan untuk hidup). Apabila yang terakhir dari mereka melewatinya, dan berkata: "Dahulu pernah ada air disini". Nabi Isa a.s dan para sahabatnya kemudian akan terkepung disini (di Tur, dan mereka akan mengalami kesusahan yang teramat sangat) sehingga kepala seoekor lembu lebih bernilai dari 100 dinar. Nabi Isa a.s. dan para sahabat kemudian berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala menghantar serangga yang akan menyerang leher-leher mereka dan mereka akan mati keesokkan paginya. Nabi Isa a.s. dan para sahabat akan turunke bumi dan mendapati bumi dipehuni oleh bau bangkai yang teramat busuk. Nabi Isa a.s. dan para sahabat berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan menghantar burung yang lehernya seperti unta yang akan mengankat bangkai-bangkai tersebut dan membuangnya ke tempat dipilih Allah Subhanahu Wa Ta'ala.."

(Hadis Riwayat Muslim, 18; no.68)





Ya'juj wa Ma'juj adalah MANUSIA kerana :


1. TEMBOK BUATAN MANUSIA HANYA UNTUK MANUSIA

“…tembok di antara kami dengan mereka…”; Surah al Kahf : 97

Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Ya'juj dan Ma'juj '). Oleh itu sekiranya mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.



2. PERBUATAN MELAKUKAN KEROSAKAN ATAU “FASAD” KE ATAS MANUSIA


“…sesungguhnya kaum Ya'juj dan Ma'juj sentiasa melakukan kerosakan di bumi…”; Surah al Kahf : 94“

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi…”; Surah al Maidah : 33

Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan Surah al Kahf menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan fasad.



3. YA'JUJ DAN MA'JUJ DARIPADA KETURUNAN MANUSIA


Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

“Allah Subhanahu Wa Ta'ala berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjawab, “Dari setiap 1000 terdapat 999.”… Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab. “999 Ya'juj dan Ma'juj, sedangkan dari kalian hanya satu” 
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ya'juj dan Ma'juj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh a.s. bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.

Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasabah menyatakan Ya'juj dan Ma'juj makhluk ghaib (jin?) atau raksasa tetapi berketurunan nabi-nabi.


4. YA'JUJ WA MA'JUJ DIMASUKKAN KE DALAM NERAKA

“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”; Surah As Sajdah : 13

Ya'juj dan Ma'juj adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka. Hanya terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin dan manusia. Ya'juj dan Ma'juj berketurunan Nabi Adam a.s. dan oleh itu mereka bukan jin mahupun raksasa. Ini membuktikan mereka manusia seperti kita.

Selain itu, setiap tahun pada Sabtu kedua pada bulan November, 'mereka' berarak perayaan melalui beberapa jalan penting di Landon dan Vatican dengan slogan "Ya'juj dan Ma'juj adalah Pelindung ".





Terbukanya Dinding atau Tembok Ya'juj Wa Ma'juj


Tembok menyekat kaum Ya'juj dan Ma'juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi iaitu sesetengah Bani Israel dan kaum lain yang beragama Yahudi kembali ke Baitulmaqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Baitulmaqdis:

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya'juj & Ma'juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; (21:95-96)

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Baitulmaqdis,“Ya'juj dan Ma'juj” adalah Yahudi (Khazar dan Eropah Barat), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya'juj dan Ma'juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Baitulmaqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya'juj & Ma'juj terbuka dan mereka telah berkuasa atas setiap manusia (The World Order of Gog dan Magog). Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Baitulmaqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 dengan diiktiraf kuasa-kuasa dunia terutama Eropah dan USA dan mana-mana negara yang menentang atau memberi ancaman kepada Israel akan menerima sekatan pelbagai bentuk dari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Baitulmaqdis? Sedangkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melarang mereka pulang dan menuntut kembali hak tersebut sekiranya berlaku kezaliman? Sepertimana kita ketahui Yahudi telah melakukan dua kali kemungkaran di Tanah Suci ini dan dihalau oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala melalui serangan kerajaan Babylon dan Byzentine dan sekarang adalah kemungkaran yang ketiga dan yang terakhir..dan akan dihalau oleh tentera panji hitam (Imam al Mahdi, Isa Ibnu Maryam dan para tenteranya)

Antara ayat al Quran berkaitan dua kali kermukaan Yahudi di Tanah Suci:


وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً 
Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar". 

(Surah Al Israa': 4)


لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ 
Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. 

(Surah Al Maidah : 78)


Syarat ditetapkan dan balasan yang akan dikenakan, dan sepertimana yang kita ketahui sekarang Yahudi di Palestin kembali dengan kemungkaran.


عَسَى رَبُّكُمْ أَن يَرْحَمَكُمْ وَإِنْ عُدتُّمْ عُدْنَا وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ حَصِيراً 
Mudah-mudahan Tuhanmu akan melimpahkan rahmat(Nya) kepadamu; dan sekiranya kamu kembali kepada (kedurhakaan) nescaya Kami kembali (mengazabmu) dan Kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman. 

(Surah Al Israa' : 8)


Ini jelas menunjukkan golongan Yahudi amat berkuasa dan berbangga diri dengan apa yang telah mereka lakukan dan bermaksud tembok telah terbuka dan Ya'juj dan Ma'juj telah lama menguasai pemerintahan. Golongan Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar dan puak Eropah Barat, iaitu Pakatan Yahudi dan Nasrani Zionist yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al Kahf sebagai kaum Ya'juj dan Ma'juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.

Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya'juj dan Ma'juj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah Subhanahu Wa Ta'ala di bawah:

“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; Surah al Kahf : 97


Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah Subhanahu Wa Ta'ala memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, iaitu apabila Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengizinkan Ya'juj dan Ma'juj dilepaskan.

 
 


Koleksi hadis Mutawatir berkaitan Ya'juj dan Ma'juj untuk rujukan bersama

Dari Zainab binti Jahsy r.a., bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bangun dari tidurnya dan bersabda,

"Laa ilaaha illallaah", celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan berlaku, iaitu hari ini dinding (tembok) Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka sebesar ini. (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari).

Zainab binti Jahsy r.a., lalu bertanya,
Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang soleh?

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab,
Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan.
(Hadis Riwayat Muslim)


Dari Zainab binti Jahsy r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bangun dari tidurnya dengan wajah kemerahan, lalu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Laa ilaaha illallaah", celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan berlaku, iaitu hari ini dinding (tembok) Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka sebesar ini. (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari).

Zainab berkata,
"Aku bertanya, "Apakah kita akan celaka wahai Rasulullah, sedangkan di antara kita masih terdapat orang- orang soleh?"

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab,
"Ya, apabila kekejian telah tersebar luas"
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Dari Zainab binti Jahsy r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam datang kepadanya dengan gemetar sambil berkata,

"Laa ilaaha illallah, celakalah bangsa Arab kerana keburukan yang telah dekat, hari ini telah dibuka benteng Ya'juj dan Ma'juj seperti ini". Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam memberi isyarat dengan mendekatkan telunjuknya dengan jari sebelahnya.

Zainab binti Jahsy berkata, Aku bertanya,
"Wahai Rasulullah, apakah kita akan dibinasakan sedangkan ramai orang-orang yang soleh?"

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab,
"Ya, benar jika keburukan telah bermaharajalela"
(Hadis Riwayat Bukhari)


Dari Zainab binti Jahsy r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bangun dari tidurnya dengan wajah kemerahan, lalu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "LAA ILAAHA ILLALLAAH", Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mengulanginya tiga kali, celakalah bagi bangsa arab kerana keburukan yang telah mendekat, saat ini penghalang Ya'juj dan Ma'juj telah dibuka seperti ini, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam memperagakan jarinya dengan membentuk angka sepuluh.

Zainab binti Jahsy berkata, Aku bertanya,
"Wahai Rasulullah, apakah kita akan dibinasakan sedangkan ramai orang-orang yang soleh?"

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab,
"Ya, bila kekejian kian banyak.
(Hadis Riwayat at Tirmidzi)


Dari Zainab binti Jahsy r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam datang kepadanya dengan gemetar sambil berkata,

"Laa ilaaha illallah, celakalah bangsa Arab kerana keburukan yang telah dekat, hari ini telah dibukakan pemisah Ya'juj dan Ma'juj seperti ini". Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam memberi isyarat dengan mendekatkan telunjuknya dengan jari sebelahnya.

Zainab binti Jahsy berkata, Aku bertanya,
"Wahai Rasulullah, apakah kita akan dibinasakan sedangkan ramai orang-orang yang soleh?"

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab,
"Ya, benar jika keburukan telah bermaharajalela"
(Hadis Riwayat Ahmad)

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Saat ini (tembok) penghalang Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka seperti ini." Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mengilustrasikannya sambil melingkarkan (jari) tangan Baginda yang maksudnya sembilan puluh kemudian menyatukannya.
(Hadis Riwayat Ahmad)


Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Allah membuka benteng Ya'juj dan Ma'juj seperti ini". Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mengilustrasikannya dengan tangan Baginda yang maksudnya sembilan puluh.
(Hadis Riwayat Bukhari)


Dari Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Hari ini dinding Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka sebesar ini. (menekuk jari telunjuk sampai ke pangkal ibu jari).
(Hadis Riwayat Muslim)


Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah al Kahf yang menyatakan Ya'juj dan Ma'juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya'juj dan Ma'juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di Madinah, iaitu selepas Allah Subhanahu Wa Ta'ala menukarkan kiblah ke arah Kabbah. Meraka yang masih berpegang Ya'juj dan Ma'juj akan dilepaskan selepas Ad Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan qiamat, dan Ya'juj dan Ma'juj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al Quran dan hadith dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

1. Bagaimana dengan penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Baitulmaqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (Surah al Anbiya : 95-96)?

2. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk Surah al-Kahf : 97).

3. Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan al Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.


Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas



terdapat banyak pendapat dari pelbagai pihak tentang Ya'juj dan Ma'juj belum keluar, tetapi tiada satu pun kenyataan rasmi dan penjelasan bertulis yang mengukuhkan penafian mereka dan memberi jawapan yang tepat tentang keadaan yang berlaku di Tanah Suci Jerusalem, kembalinya Yahudi di situ dan kejatuhan kuasa-kuasa Islam



Analisis dari Sheikh Dr. Ridhwan Saleem terhadap hujah dan kajian yang telah dilakukan oleh Sheikh Imran Hosein bersertakan dengan kajiannya yang tersendiri






Enlightening talk on Ya'juj and Ma'juj

semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita semua, 
dalam segala hal, Allahu a'lam..

Sumber : https://matsumas.blogspot.co.id/p/yakjuj-makjuj.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

mohon tinggalkan pesan dan komentar anda...