Selasa, 19 Desember 2017

'Pengkhianat' Islam




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Raja-raja Arab yang membantu orang Kafir untuk mengambil alih Jerusalem dari Khalifah Islamiyyah dan membina sebuah negara bagi Yahudi dan Nasrani Zionist atau Israel. Mari kita sama-sama baca, fahami dan mendalami ayat 51 dari Surah al Maidah ini yang jelas Allah Subhanahu Wa Ta'ala melarang kita bersekutu dengan pakatan Yahudi-Nasrani,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

Surah Al Maidah: 51


Dari Umar r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berdoa, 

"Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami,
Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. 

Mereka (para Sahabat) berkata: 
"Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. 

Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam (terus) berdoa: 
“Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami,
Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. 

Mereka (para Sahabat) berkata: 
“Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. 

Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”

(Hadis Riwayat Bukhari)






Telah diriwayatkan oleh Auf bin Malik; Saya telah menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam semasa Perang Tabuk, sementara Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sedang berehat di khemah. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Terdapat eman perkata tibanya akhir zaman:

1- Kematianku
2- Penaklukan Jerusalem
3- Satu wabak yang menimpa kamu (Arab) sebagaimana wabak itu menimpa biri-biri
4- Meningkatnya kekayaan, sehinggakan apabila seseorang diberikan 100 Dinar, dia masih tidak berpuas hati
5- Satu wabak yang mana tidak ada bangsa Arab yang tidak kena (semua jenis wabak)
6- Satu genjatan senjata antara Bani al Asfar yang akan mengkhianati dan menyerang kamu kemudiannya dibawah lapan panji dengan setiap panjia mempunyai 12,000 orang tentera. 

(Hadis Riwayat Bukhari)





Kota Suci Baitulmaqdis telah ditawan oleh British yang diketuai oleh Jeneral Edmund Henry Hynman Allenby pada 11th Disember, 1917 selepas 730 tahun kota ini dibawah pemerintahan umat Islam. Tanah Suci Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Quds di Jerusalem adalah salah satu tempat yang paling suci dalam Islam selain Kota Mekkah dan Kota Madinah.


Mari kita kaji sejarah ringkas Pemerintahan Islam di Jerusalem :

1. Pada tahun 637, Khalifah kedua umat Islam iaitu Saidina Umar Al Khattab menawan Baitulmaqdis.
2. Ia kekal di bawah pemerintahan Islam sehingga 1099 apabila pakatan Yahudi-Nasrani (Knight Templer) dari Eropah Barat mengambil alih Jerusalem pada 1099.
3. Jerusalem telah ditawan semula oleh umat Islam di bawah kepimpinan orang Kurd Pahlawan Raja Salahuddin (Sallahudin al Ayubi).
4. Selepas 730 tahun, pada Disember 11,1917, British telah merampas Jerusalem dari orang Islam dengan bantuan beberapa golongan Arab iaitu mereka adalah umat Islam (pengkhianat Islam).


Di kaji kembali kekuatan yang ada dalam sistem ketenteraan Khalifah Utamaniyyah, pihak kafir tidak akan boleh mengambil alih (menawan) Baitulmuqaddis kecuali dengan bantuan oleh orang-orang Arab sendiri (akibat perpecahan umat Islam).



Hakikat sebenar rekaan asas panji pemberontakkan Arab dibuat oleh diplomat British bernama Sir Mark Sykes, (bapanya Sir Tatton Sykes adalah Yahudi Zionist, ibunya Christina Anne Jessica Cavendish Bentinck adalah Kristian Roman) mempunyai maksud tersendiri bagi melambangkan secara simbolik tertentu kepada pihak musuh-mush Islam tanpa kita sedari (atau terlupa) yang ada pada bendera-bendera di benua Arab. Ia bertujuan untuk menaikkan semangat 'penyatuan' kepuakkan di kalangan sesetangah Arab yang wujud bagi menentang pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah di Turki, setelah pihak British berjaya menawan separuh benua Arab yakni nama sebenar Hejaz, dalam masa yang sama, setelah dipersetujui oleh Sharif Hussein bin Ali yang merupakan Gabenor Kota Mekkah yang juga mendapat tajaan kewangan, senjata, dan bala tentera dari British.

Tujuan utama penyebab Sharif Hussein bin Ali yang mahu bersekutu dengan British kerana menolak objektif nasionalis Turki yang dipimpin oleh Menteri Dalam Negeri, Mehmed Talaat Pasha, Menteri Perang, Ismail Enver Pasha, dan Menteri Tentera Laut, Ahmed Djemal Pasha yang melakukan siri pembunuhan beramai-ramai dalam kempen pembasmian etnik di Armenian yang majoritinya Nasrani Orthodox, Catholic Christian dan Pagan Christian yang bernaung dibawah Patriarchate Armenia - Constantinople, persengketaan peribadi dengan kerajaan pemerintah Uthmaniyyah, dan keinginan untuk memiliki kerajaannya tersendiri.

Berbalik kepada panji pemberontakkan Arab, warna yang dipilih adalah berdasarkan kepada majoriti fahaman yang wujud ketika itu;

1. warna Hitam- bermaksud panji Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam
2. warna Hijau- bermaksud Khilafah Fatimid Shia
3. warna Putih- bermaksud Khilafah Umayyad
4. warna Merah- bermaksud golongan Khawarij

Namun ada maksud yang kedua dari segi bentuk susunan panji tersebut;

1. garis melintang warna Hitam- bermaksud Khilafah Abasiyyah
2. garis melintang warna Hijau- bermaksud Khilafah Fatimid Shia
3. garis melintang warna Putih- bermaksud Khilafah Ummayad
4. segitiga warna Merah- bermaksud Bani Hashim Jordan 

Apa yang tertarik disini adalah berkaitan dengan Shia Fatimid yang rasanya ramai tidak ketahui, ia mewakili warna Hijau dan garis melintang yang tertera pada panji asas pemberontakkan, ia merupakan salah satu puak Shia yang beraliran Ismailliyyah (dari 5 pecahan utama Shia) yang diambil dari nama Ismail Bin Jaafar. Perkataan Fatimid ini berasal dari nama Saidatina *Fatimah* Az-Zahra Binti Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, yang kemudian berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib r.a., yang kemudian dianugerahakan 5 cahaya mata (antaranya Saidina Hussain r.a. dan Saidina Hassan r.a.), puak Ismailliyyah mendakwa penyokong kuat keturunan Saidina Ali.

Empayar Shia Fatimid tersebar luas di Afrika Utara, Selatan Turki, seluruh Ash-Sham, Barat Iraq dan separuh Semenanjung Hejaz, lalu ia menjadi penyebab diletakkan di dalam bendera asas pemberontakkan.. Alhamdulilah, dengan munculnya seorang pahlawan Islam Kurdish bernama Salahuddin al-Ayyubi telah memusnahkan empayar Fatimid dan dalam masa yang sama berjaya menumpaskan tentera perang salib dan menawan semula Jerusalem, namun amat sedih ketika ini jika dilihat situasi di utara Iraq dan sempadannya, pihak musuh Islam (sama ada musuh nyata atau sebaliknya) sedang melakukan pembunuhan secara rawak ke atas masyarakat berketurunan Kurdish.

Bentuk segitiga dan warna merah yang melambangkan simbolik satu lagi musuh Islam, yakni simbolik kepada puak Khawarij, rasanya ramai yang sedia maklum akan status puak Khawarij, maka kita fokus bab simbolik segitiga dan warna merah, di dalam pergerakkan ad-Dajjal, Freemason menggunakan segitiga didalam menggambarkan 'all-seeing eye', selain itu ia juga digunakan oleh Kristian Trinity Pagan Vatican, kemudian warna merah simbolik kepada tentera Order of Knights Templer dan naungannya Order of Knights of Malta.


Penaklukan Baitulmuqaddis oleh British telah dilakukan dengan bantuan tentera-tentera Arab seperti berikut: 

1. Tentera Arab Bersatu daripada Najd dan Hasa (di bawah Abul Aziz Ibn Saud) 
2. Tentera Kerajaan Hijaz Arab (di bawah Hussain Ibn Ali, Shareef-e-Makkah) 
3. Arab Tentera Kerajaan Hijaz (di bawah Faisal Ibn Hussain ibn Ali). 
4. Tentera Arab Bersatu Jabal Shammar. 


Tentera-tentera British dibawah pimpinan: 

1. Edmund Allenby, 1st Viscount Allenby (1861-1936) 
2. T. E. Lawrence (Lawrence of Arabia) 


Tanah Suci Jerusalem ini hanya diwariskan kepada hamba Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang soleh, bukan sepertimana yang kita dengar akan dakwaan pihak Yahudi-Nasrani Zionist bahawa Tanah Suci Jerusalem ini hanya untuk mereka yang terpilih iaitu dengan gelaran "The Chosen People" berdasarkan kepada kitab Talmud, Taurad dan Injil setelah diubahsuaikan. Al Quran menjelaskan bahawa : 


وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ 
Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Luh Mahfuzh, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang soleh.

Surah Al Anbiya: 105


Sepertimana yang kita semua sedia maklum setelah peristiwa penghijrahan Yahudi-Nasrani dari seluruh dunia terutamanya dari Eropah Barat bermula dari 1917 hingga akhirnya pada tahun 1948 negara Israel secara 'rasmi' diistiharkan sebagai sebuah negara, sejak dari itu keadaan umat Islam di Palestin terutamanya sedang menderita, ditindas dan dihina setiap saat akibat 'fasad' yang dilakukan oleh Bani Israel sepertimana dinyatakan di dalam Al Quran. 


وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً 
Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar".

Surah Al Israa': 4


Untuk memahami dan mengetahui dengan lebih lanjut, kami sarankan kapeda anda semua agar membaca dan mengkaji buku Sheikh Imran N. Hosein berjudul "Jerusalem Di Dalam Al Quran". Buku ini hasil hujah dan penulisan ilmiah yang berpandukan kepada pelbagai sumber yang membuka mata kepada semua pembaca.




Tentera-tentera Arab yang berpakat dengan Yahudi-Nasrani menyerang Jerusalem yang berada dibawah kawalan Tentera Khalifah Uthmaniyyah

Berikut adalah para pemimpin Arab yang berjuang bersama Tentera British untuk menakluk Baitulmuqaddis dari kuasa Khalifah Uthmaniyyah.

1- Hussein bin Ali
2- Faisal (anak Hussain bin Ali & pengasas negara Jordon & Iraq)
3- Abdul Aziz Ibn Saud (Pengasas negara Arab Saudi)
4- Abdul Aziz bin Mitab


Dan pemimpin-pemimpin Arab telah memerintah negera-negera yang berikut. (Sokongan dan bantuan British yang merupakan kuasa besar dunia pada ketika itu yang dijana oleh Bank of England yang dimiliki oleh keluarga Rothschild)

Keturunan Saud atau Saudi adalah pembelot kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan seluruh umat Islam apabila Abdul Aziz Al ibn Saud membuat persetujuan dengan Bank Of England pada tahun 1916 dengan bayaran £5000 bagi sebulan untuk dana, dan Saud dengan penyokongnya menentang habis-habisan Khilafah Uthmaniah untuk menawan kota Madinah dan kota Mekah dari pentadbiran khalifah. Para ulama terutama menentang tindakan beliau yang bersekutu dan menerima wang tersebut, tetapi beliau dengan rasa tidak bersalah menyatakan inilah rezeki dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam bentuk cukai (Jizyah).

Dalam tahun 1919-1924, pejuang-pejuang Islam mendapat tentangan dari pihak musuh yang diketuai oleh British sehingga akhirnya British berjaya menawan Semenanjung Arab dan Jerusalem. Pada 3 March 1924, dunia yang dikepalai oleh British mengiktiraf penghapusan sistem Khilafah di dunia ini dengan sokongan Abdul Azizi ibn Saud yang telah ditabal sebagai Raja Tanah Arab secara tidak langsung umat Islam tidak mempunyai pemimpin. Seterusnya keluarga Saud pelopor fahaman Wahabbi melalui perkahwinan dengan anak perempuan Imam Muhammad Abdul Wahab.



Sultan Abdul Hamid II,Khalifah Uthmaniyah terakhir 



3rd March 1924, sistem pemerintahan Khilafah Islamiah dimusnahkan oleh musuh-musuh Islam yang bertopengkan Islam.


Selepas itu keluarga Saud, mengiktiraf mata wang kertas sebagai mata wang 'halal' bagi menggantikan dinar dan dirham 'haram'. Yakni dengan hanya mengiktiraf mata wang kertas US Dollar sahaja sebagai mata wang pertukaran untuk pembelian minyak mentah di dalam industri dunia. Tindakan ini adalah kerana Eropah dan Barat tidak mempinyai emas dan perak. Rujuk perjanjian diantara Raja Faisal bin Abdul Aziz Al Saud dengan Barat dalam Bretton Woods (1944), selepas itu perjanjian bersama International Monetary Fund dan World Bank pada tahun 1971 dan akhirnya Raja Faisal sedar akan fitnah terhadap umat Islam di dunia ini sebelum baginda dibunuh oleh CIA pada tahun 1975 selepas sidang akhbar. Gambar di bawah sebagai bukti dan telah tercatat dalam sejarah dunia Islam yang kian dilupai oleh generasi muda Islam akibat sibuk dengan cintakan dunia, takutkan mati (wahan).



General British Sir Allenby memasuki Jerusalem pada 11 Disember1917


Mari kita sama-sama baca, fahami dan mendalami ayat 120, dari Surah al Baqara ini, peringat buat seluruh umat Islam..


وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."

Surah Al Baqarah: 120





Raja Abdul Aziz dengan Ejen British Sir Percy Cox pada tahun 1930 di mana beliau bersetuju untuk membuat negera Yahudi Israel di Palestine.




Harry St. John Bridger Philby a.k.a. Haji Abdullah (1885 -1960) adalah ejen British



Harry St. John Bridger Philby a.k.a. Haji Abdullah (1885 -1960) adalah ejen British


Haji Abdullah a.k.a. Philby berdiri di tengan berjubah hitam


Abdul Aziz bin Saud bersama-sama Ejen British di Basra, pada tahun 1930


Kenyataan bertulis yang dibuat oleh Abdul Aizi iaitu perjanjian untuk membina negara Yahudi-Nasrani Israel di bumi Paletine. Perjanjian ini berlaku dalam satu mesyuarat rahsia dengan Egen British, Sir Cox Percy. Perjanjian ini menyatakan: "Saya Sultan Abdul Aziz Bin Abdul Rahman Al Saud al-Faisal dan saya mengakui dan masukkan ke dalam Sir Percy Cox, perwakilan Great Britain, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk memberikan Palestin kepada orang-orang Yahudi atau yang miskin."




Winston Churchill bersama Sultan Abdul Aziz Bin Saud


Pengkhianat Abdul Aziz ibn Saud & Faisal meraikan kemenangan & kejayaan dengan pihak British di atas kapal British 1930. Individu yang bernama Ezra Belboul, adalah Ejen Zionist terkenal dan dianggap sebagai 'Wira Negara' di Israel.


Gambar pengkhianat Hussain ibn Ali pada mata wang Jordan


Terdapat bilangan yang besar golongan India di dalam Tentera British hasil penaklukan British kerjasama melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris di India.




Raja Fahad bin Abdul Aziz memakai Salib di Sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran Ratu Elizabeth


Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.

Sahabat bertanya,
Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab,
Siapa lagi kalau bukan mereka.
(Hadis Riwayat Muslim)




Pengkhianat Saud dengan Sir Percy Cox selepas perjanjian untuk mendirikan sebuah negara Yahudi-Nasrani Israel di bumi Palestin


Askar British di pintu Masjid al Aqsa pada 11 Disember1917


Hari ini anak 'Pengkhianat' Abdul Aziz Ibn Saud pemerintah Saudi Arabia iaitu Abdullah ibn Abdul Aziz dan keluarga Faisal telah berkuatkuasa Jordon dalam masa yang sama mereka menikmati kekayaan yang tersangat hebat setelah mereka menyokong dan melindungi Zionist Israel seccara tidak langsung dan menjadi teman rapat kepada Amerika Syarikat.

Dalam masa kurang daripada setahun, 2 pewaris utama takhta pemerintah Arab Saudi telah mangkat. 

Pertama: 
Putera Sultan bin Abdulaziz al-Saud (80) meninggal dunia di New York, Amerika Syarikat (22/10/2011)

Kedua:
Putera Nayef bin Abdulaziz al-Saud (78) meninggal dunia di Genewa, Swiss (16/06/2012)

Putera Salman bin Abdulaziz al-Saud (76) dijangka akan diisytiharkan sebagai Putera Mahkota Arab Saudi yang baru.

Pemerintah Arab Saudi sekarang ialah, King Abdullah bin Abdulaziz al-Saud (87). Ayahanda baginda, King Abdul Aziz al-Saud mempunyai 45 orang anak lelaki. 

Pemerintah pertama: King Abdulaziz al-Saud (1932-1953)
Pemerintah ke-2: King Saud bin Abdulaziz al-Saud (1953-1964)
Pemerintah ke-3: King Faisal bin Abdulaziz al-Saud (1964-1975)
Pemerintah ke-4: King Khalid bin Abdulaziz al-Saud (1975-1982)
Pemerintah ke-5: King Fahd bin Abdulaziz al-Saud (1982-2005)
Pemerintah ke-6: King Abdullah bin Abdulaziz al Saud (2005-)

Pada 25 Mac 1975, Raja Saudi Arabia sedar akan tipu muslihat pakatan Yahudi-Nasrani Zionist Israel, akhirnya Raja Faisal telah ditembak dan dibunuh oleh anak saudaranya Faisal bin Musaid (ejen CIA yang baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat) setelah baginda selesai melakukan sidang media yang mendedahkan agenda sebenar musuh-musuh Islam.



Mengungkap fakta yang sangat menarik, tentang agama Malbars, Iblis dan Jin, Illuminati, para pemimpin Arab, dan Dajjal.


Bukti mereka masih mengamalkan ajaran Jahiliyyah

Dari ‘Auf bin Malik r.a., Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi 71 golongan, maka hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga dan yang 70 lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, maka 71 satu golongan masuk neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi 73 golongan, hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga dan 72 lagi akan masuk neraka.

Sahabat bertanya, mana yang selamat”?

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab,
“Mereka adalah jamaah” (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Untuk lebih mendalami situasi sebenar sejarah yang lepas dan implikasinya, sila download dan kaji analisis yang telah dilakukan oleh Sheikh Imaran N. Hosein di link di bawah ini.


 http://www.allasia.com.my/Sales.html


Sebuah hadis menyatakan bahawa zaman umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah dibahagikan kepada 5 bahagian / fasa mengikut kerangka masa tertentu:

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, 
kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian
(Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, 

kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”
“Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, 

kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”
“Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, 

kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."
“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).”

“Kemudian beliau (Nabi) diam”.

Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah


Menerusi hadis ini, marilah kita sama-sama mengimbau kembali sejarah Khilafah & Khalifah Islam bermula dari Zaman Nabi Muhammmad Sallallahu Alaihi Wasallam (Fasa Pertama) hinggalah kepada Zaman kita dilahirkan sekarang ini, iaitu fasa Ke-4 yang telah disahkan sebagai akhir zaman (bermuala dengan kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam) yang akan munculnya Al Masih Ad Dajjal sebagai seorang manusia Yahudi yang akan memimpin sebahagian besar manusia dengan bantuan iblis & syaitan, sebelum dunia menuju ke fasa ke-5 dibawah pimpinan umat Islam yang diketuai oleh Imam Al Mahdi dan bersamanya Nabi Isa Ibn Maryam..

semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita semua, dalam segala hal, Allahu a'lam..

Sumber : http://matsumas.blogspot.co.id/2012/07/ringkasan-mengenai-pengkhianat-islam.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

mohon tinggalkan pesan dan komentar anda...